Thursday, 13 November 2014

AIS KRIM OREO

Bahan-bahan :


  • aiskrim vanilla (kite guna nestle)
  • biskut oreo (hancurkan,patah-patahkan)
  • kekacang 
  • buah berry


Cara-cara:


  • campur semua bahan-bahan dan sebatikan .
  • masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk.                                                                                        
SELAMAT MENCUBA!


KEK COKLAT LEMBAP

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara 
1.Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati.Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla.Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Bolehjuga pakai kertas foil. Pape pun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7.angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) 

Bahan:

300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 

SELAMAT MENCUBA!


KEK PISANG

KekPisang
Bahan-bahan( 5 - 6 orang makan )
·         2 cawan gula
·         2 cawan tepung
·         1/2 cawan minyak
·         4 biji pisang
·         1/2 paket baking powder
·         1 sudu kecil esen vanila
·         3 biji telur

Cara-cara
1.    Lenyekkan pisang di dalam mangkuk dan letak tepi.TIPS: Lagi sedap kalau guna pisang yang dah masak sangat2!
2.    Kacau telur dan gula bersama-sama sehingga kembang.
3.    Tambahkan tepung, baking powder, esen vanilla dan minyak sehingga sebati.
4.    Tambah pula pisang yang dah dilenyekkan tadi dalam adunan.
5.    Salut bekas foil atau talam dengan butter dan bakar hingga masak!
s
      SELAMAT MENCUBA!

s





RESIPI KENTANG WEDGES

Cara buat kentang wedges 

Untuk kentang bahan2 yang diperlukan:
·                     Kentang -kuantiti terpulang
·                     Air -untuk rebus kentang
·                     Garam -agak2 la ye

Caranya:

1.            Kentang kopek kulit, potong/ belah 6 keping setiap biji..cuci, sejat..
2.        Kemudian rebus kentang dengan air dan sedikit garam..bagi empuk/ lembut.. nak tahu empuk/ lembut ke tak cucuk dengan garfu ye.. bila dah empuk, angkat dan sejat..

Untuk bancuhan tepung:

·                     Tepung serbaguna -kuantiti terpulang
·                     Serbuk lada sulah -agak2 la ye
·                     Air suam

Caranya:

1.            Satukan tepung serbaguna dan lada sulah..gaul sebati
2.            Masukkan air..agak2 la.. jangan pekat sangat, jangan cair sangat.. lebih kurang macam buat tepung goreng pisang.. tahukan..
3.            Bila dah siap tepungnya..masukkan kentang yang siap direbus tadi.. 
4.            Goreng dalam minyak..pastikan betul2 panas..

SELAMAT MENCUBA!




Sunday, 2 November 2014

Kebab Daging Kisar

Bahan-bahan:
400g daging kisar
roti sosej (dikukus)
salad
1 biji timun 
1 biji bawang merah (dicincang dadu)
mayonis
sos cili (ikut citarasa sendiri)
lada hitam
marjerin

Cara membuatnya:
1. tumiskan bawang bersama daging kisar sehingga garing.
2. apabila daging kisar hampir masak,masukkan lada hitam,sedikit mayonis dan sos cili.Tambahkan perasa secukup rasa.
3.belah bahagian tengah roti dan kukus roti sosej selama 5-6 minit untuk mendapatkan hasil tekstur yang lebih lembut
4.setelah roti telah siap dikukus sapukan margerin pada bahagian tengah roti sebelum dihias dengan salad dan timun.
5.apabila telah meletakkan salad dan timun di bahagian roti yang telah dibelah tadi, masukkan daging kisar yang telah dimasak.
6.setelah selesai hiasi dengan meletakkan sos cili dan mayonis di atasnya..selamat mencuba.