Sunday, 2 November 2014

Kebab Daging Kisar

Bahan-bahan:
400g daging kisar
roti sosej (dikukus)
salad
1 biji timun 
1 biji bawang merah (dicincang dadu)
mayonis
sos cili (ikut citarasa sendiri)
lada hitam
marjerin

Cara membuatnya:
1. tumiskan bawang bersama daging kisar sehingga garing.
2. apabila daging kisar hampir masak,masukkan lada hitam,sedikit mayonis dan sos cili.Tambahkan perasa secukup rasa.
3.belah bahagian tengah roti dan kukus roti sosej selama 5-6 minit untuk mendapatkan hasil tekstur yang lebih lembut
4.setelah roti telah siap dikukus sapukan margerin pada bahagian tengah roti sebelum dihias dengan salad dan timun.
5.apabila telah meletakkan salad dan timun di bahagian roti yang telah dibelah tadi, masukkan daging kisar yang telah dimasak.
6.setelah selesai hiasi dengan meletakkan sos cili dan mayonis di atasnya..selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment